Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PKPD DI ZON B DAN ZON C TAMAN MERU 2C, IPOH DILANJUTKAN

DALAM NEGARA

PKPD DI ZON B DAN ZON C TAMAN MERU 2C, IPOH DILANJUTKAN

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Zon B dan Zon C Taman Meru 2C, Ipoh, Perak yang dijadual berakhir esok dilanjutkan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD di kawasan itu dilanjutkan selama 7 hari lagi bermula 4 Disember 2020 sehingga 10 Disember 2020.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan sebanyak 1,793 saringan dan sebanyak 66 kes positif COVID-19 telah direkodkan di lokaliti-lokaliti ini.

“Sehingga kini KKM turut mengesahkan masih terdapat baki sampel saringan yang masih belum mendapat keputusan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dalam pada itu Ismail Sabri turut mengumumkan penamatan PKPD di Penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang pada hari ini, 2 Disember 2020 seperti mana dijadualkan.

Selain itu PKPD di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, Penjara Sandakan Dan Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan turut ditamatkan pada 3 Disember 2020.

Ismail Sabri juga mengumumkan penamatan PKPD di Kg. Nahaba dan Kg. Tegudon, Kota Belud pada 3 Disember 2020, seperti dijadualkan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading