SULTAN NAZRIN PERKENAN SAARANI SEBAGAI MB PERAK BAHARU

Sumber Gambar: BERNAMA

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah memperkenan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Abd Rahim Mohamad Nor berkata berpandukan Perkara XVI, Fasal 2 (a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak, Saarani boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar ADUN selepas mendapat pertimbangan Sultan Nazrin.

“Baginda menetapkan 11 pagi esok untuk istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar,” katanya menerusi satu kenyataan yang dibacakan Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini hari ini

Saarani menggantikan bekas Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu yang meletakkan jawatan ekoran kegagalan mendapatkan majoriti di peringkat Dewan Undangan Negeri. –AlHijrah Online

Leave a Reply