COVID-19: PM UK DIMASUKKAN KE HOSPITAL

Last Updated on

LONDON: Perdana Menteri UK Boris Johnson dimasukkan ke hospital semalam bagi ujian lanjut selepas disahkan positif koronavirus minggu lalu, demikian laporan agensi berita Anadolu.

Jurucakap Downing Street berkata, “atas nasihat doktor, Perdana Menteri malam ini dimasukkan ke hospital untuk ujian lanjut”.

“Ini langkah berjaga-jaga selepas Perdana Menteri menunjukkan simptom yang berterusan selepas disahkan positif koronavirus 10 hari lalu.

“Perdana Menteri berterima kasih pada petugas NHS (Perkhidmatan Kesihatan Nasional) atas kerja keras mereka supaya masyarakat terus mengikut nasihat kerajaan untuk duduk di rumah, melindungi NHS dan menyelamatkan nyawa”.

Pada 27 Mac lalu, Johnson dalam Twitternya menyatakan yang beliau mengalami simptom penyakit itu dah disahkan positif.

“Saya kini mengasingkan diri sendiri tapi akan terus memimpin kerajaan melalui video-conference untuk menentang wabak ini”.

Johnson, 55, sepatutnya menamatkan pengasingan diri tujuh hari pada Jumaat lalu tetapi suhu badannya kekal tinggi.

Pihak berkuasa negara itu mengumumkan kes kematian di UK telah meningkat kepada 621 kes dalam tempoh 24 jam.

Ketika ini, UK merekodkan 47,806 kes jangkitan COVID-19 dengan 4,934 kes maut.

Lebih 1.2 juta individu dijangkiti di selurun dunia, demikian menurut data Universiti Johns Hopkins.

Seramai 68,400 maut akibat virus itu dengan 258,500 kes sembuh dan didiscaj dari hospital.

Koronavirus atau COVID-19 mula merebak di Wuhan, China pada Disember lalu, kini menular di sekurang-kurangnya 183 negara dan wilayah. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply