Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CUBAAN SELUDUP MAKANAN LAUT KE SINGAPURA DIPATAHKAN

DALAM NEGARA

CUBAAN SELUDUP MAKANAN LAUT KE SINGAPURA DIPATAHKAN

ISKANDAR PUTERI: Cubaan membawa keluar pelbagai jenis makanan laut tanpa permit eksport yang sah ke Singapura berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Tanjung Kupang, pada Selasa malam.

Pengarah MAQIS Johor, Nur Afifah A Rahman berkata, pelbagai jenis ikan basah, sotong, udang dan isi ikan berjaya dirampas dengan berat 4.2 tan metrik selepas melakukan pemeriksaan ke atas sebuah lori di laluan kenderaan berat di KSAB, jam 11 malam tadi.

“Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai hasilan laut seperti ikan kerapu, udang, sotong dan sebagainya yang dianggarkan bernilai RM92,760 berjaya dijumpai sekali gus dirampas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, perbuatan mengeksport sebarang jenis keluaran pertanian tanpa permit eksport yang sah daripada MAQIS menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11(2) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Oleh itu rampasan semalam boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta berkenaan dan jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya sekali. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading