Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CUTI AM UNTUK WILAYAH PERSEKUTUAN PADA 3 DISEMBER

DALAM NEGARA

CUTI AM UNTUK WILAYAH PERSEKUTUAN PADA 3 DISEMBER

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengisytiharkan Jumaat 3 Disember 2021 sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, cuti tersebut diberikan sempena pasukan Kuala Lumpur City FC menjuarai Piala Malaysia 2021 di Stadium Bukit Jalil, di sini semalam.

“Kemenangan semalam adalah pencapaian terbaik buat KL City FC setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia yang mana kali terakhir kemenangan pada tahun 1989,” katanya, hari ini.

Katanya, pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369] bagi WP.

Dalam perlawanan akhir semalam, KL City FC berjaya menewaskan Johor Darul Ta’zim FC dengan kemenangan 2-0. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading