Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ARAB SAUDI SAHKAN KES PERTAMA VARIAN OMICRON

DUNIA

ARAB SAUDI SAHKAN KES PERTAMA VARIAN OMICRON

Sumber Gambar: AFP

RIYADH: Arab Saudi pada 1 Disember mengesahkan kes pertama jangkitan COVID-19 varian Omicron membabitkan seorang rakyatnya.

Memetik sumber Kementerian Kesihatan Arab Saudi, mangsa baru pulang dari sebuah negara di utara Afrika.

Sumber berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, individu terbabit telah dikuarantin serta merta selain kontak-kontak rapatnya.

Siasatan lanjut ke atas individu terbabit sedang dibuat mengikut prosedur kesihatan yang telah ditetapkan Arab Saudi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin lalu memberi amaran tentang varian Omicron yang memiliki kebolehjangkitan lebih tinggi berbanding varian sebelum ini.

24 November lalu, kes membabitkan varian berkenaan dikesan di Afrika Selatan, sekali gus menyebabkan jangkitan kes harian melonjak.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading