Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA HARAP OMICRON TIDAK JEJAS JEMAAH HAJI

DALAM NEGARA

MALAYSIA HARAP OMICRON TIDAK JEJAS JEMAAH HAJI

Sumber Gambar: AFP

JOHOR BAHRU: Jangkitan varian COVID-19 iaitu B.1.1.529 atau Omicron diharapkan tidak menjejaskan bakal jemaah dari Malaysia untuk menunaikan ibadah haji pada musim depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berharap jangkitan varian tersebut tidak melibatkan rakyat Malaysia memandangkan jemaah negara ini tidak dapat menunaikan ibadat haji pada musim lalu.

“Kita harapkan varian Omicron itu tidak melibatkan negara kita,” katanya selepas ditanya pemberita sama ada kerajaan akan mengenakan syarat ketat kepada bakal jemaah haji atau sebaliknya susulan varian baharu COVID-19.

Hari ini, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan perancangan mewujudkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dengan negara berlaku penularan atau berisiko tinggi berlaku penularan Omicron. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading