VTL DITANGGUHKAN DENGAN NEGARA PENULARAN OMICRON

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menangguhkan perancangan mewujudkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dengan negara yang melaporkan penularan varian Omicron.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penangguhan VTL adalah sehingga gambaran lebih jelas diperoleh mengenai penularan varian Omicron di peringkat global.

Bagi pengembara yang melalui VTL Udara Malaysia-Singapura, mereka digalakkan melakukan ujian pengesanan COVID-19 kendiri pada hari ketiga dan ketujuh selepas ketibaan.

Dalam perkembangan yang sama, pengembara warganegara Malaysia tidak dibenarkan untuk melawat ke negara berlaku penularan Omicron.

Negara yang disenarai sebagai larangan perjalanan ialah Malawi, Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe.

Antara negara yang melaporkan penemuan varian Omicron adalah Afrika Selatan, Botswana, Netherland, Portugal, United Kingdom, Australia, Hong Kong SAR China, Itali, Brazil, Kanada, Denmark, Spain, Perancis atau Reunion Island, Israel, Austria, Belgium, Republik Czech, Jerman, Sweden dan Jepun.—AlHijrah Online

Leave a Reply