Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERALIHAN KE FASA ENDEMIK DITANGGUHKAN SEKETIKA- HISHAMMUDDIN

DALAM NEGARA

PERALIHAN KE FASA ENDEMIK DITANGGUHKAN SEKETIKA- HISHAMMUDDIN

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kuartet COVID-19 hari ini memutuskan untuk menangguhkan seketika usaha untuk beralih ke fasa endemik.

Pengerusi Menteri Kuartet COVID-19, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata penangguhan itu sehingga maklumat lanjut berkenaan varian baharu Omicron diketahui.

“Penting untuk saya maklumkan, buat masa ini juga, Mesyuarat Kuartet telah memutuskan untuk menangguhkan seketika (pause) usaha kita untuk beralih ke Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ sehingga kita mengetahui lebih lanjut tentang Omicron.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai agar terus berwaspada dan berdisiplin dalam menjaga keselamatan diri dan orang sekeliling,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata mesyuarat hari ini memberi tumpuan kepada varian Omicron yang sedang menular di seluruh dunia.

“Buat masa ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang membuat pemantauan rapi dan kesemua ahli mesyuarat Kuartet hari ini juga telah diberi taklimat oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengenai tindakan segera yang telah diambil oleh KMM dan pendekatan seterusnya dalam masa terdekat berkaitan varian baharu ini.

“KKM juga sedang mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai tempoh inkubasi, gejala dan kebolehjangkitan. Namun sementara itu, penting untuk saya maklumkan bahawa kerajaan akan mengenakan kawalan sempadan antarabangsa yang lebih ketat ke atas negara-negara yang telah melaporkan penyebaran varian Omicron. KKM akan mengumumkan perkara ini secara terperinci tidak lama lagi,” katanya.

Tambah beliau kerajaan ambil maklum bahawa varian ini bukan sahaja telah menular di Selatan benua Afrika, tetapi juga di beberapa buah negara antaranya, Itali, Denmark, Australia, United Kingdom, Belgium dan Hong Kong. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading