Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SULTAN IBRAHIM TEGUR SUNGAI DICEMARI PELBAGAI SAMPAH

DALAM NEGARA

SULTAN IBRAHIM TEGUR SUNGAI DICEMARI PELBAGAI SAMPAH

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, kesal dengan pemandangan Sungai Danga yang dicemari dengan pelbagai sampah sarap yang mengotori sepanjang lembangan sungai.

Baginda bertitah agar Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan segera mengambil perhatian dan tindakan bagi mengatasi masalah pembuangan sampah di sungai-sungai.

“Exco Kesihatan dan Alam Sekitar ambil perhatian perkara ini, jangan tengok masalah kesihatan sahaja, manakala penjagaan alam sekitar juga penting untuk kehidupan rakyat.

“Kerja-kerja perlu dilakukan secara berterusan, begitu juga aspek penguatkuasaan dan pemantauan. Jangan tunggu hingga ditegur, baru kerja hendak dijalankan,” titah Sultan Johor hari ini.

May be an image of 3 people and body of water

Baginda Tuanku Sultan, turut bertitah Exco berkenaan supaya segera menyediakan laporan berhubung punca masalah pencemaran sampah sarap di sungai-sungai.

“Banyak peruntukan disalurkan kepada agensi dan jabatan yang bertanggungjawab menjaga sungai dan alam sekitar, namun tiada kesan,” titah Sultan Johor. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading