Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PULAU PINANG BELUM CADANG LARANG JUALAN ARAK DI KEDAI RUNCIT DAN SERBANEKA

DALAM NEGARA

PULAU PINANG BELUM CADANG LARANG JUALAN ARAK DI KEDAI RUNCIT DAN SERBANEKA

GAMBAR ARKIB – AFP

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang belum bercadang melaksanakan larangan penjualan arak di kedai runcit dan serbaneka seperti dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Perkara itu dimakumkan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari.

“Setakat ini kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan untuk menghalang kedai-kedai yang dibenarkan menjual arak seperti dilaksanakan DBKL.

“Berhubung isu kemalangan disebabkan pemandu mabuk, sudah terdapat undang-undang sedia ada untuk kes itu,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Mohd Yusni Mat Piah mengenai kejadian kemalangan membabitkan pemandu mabuk di negeri itu sehingga ada yang menyebabkan kematian.

Oleh itu Mohd Yusni mencadangkan kerajaan negeri melakukan tindakan sama seperti DBKL.

Bermula 1 November lalu, DBKL melarang penjualan arak di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading