Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DAGING GUNA LOGO HALAL PALSU, JAINJ MESYUARAT ISNIN

DALAM NEGARA

DAGING GUNA LOGO HALAL PALSU, JAINJ MESYUARAT ISNIN

SENAI: Kerajaan menerusi Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin depan berhubung isu kartel daging yang menggunakan logo halal yang palsu untuk dibawa masuk ke dalam pasaran tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Tosrin Jarvanthi berkata, mesyuarat itu untuk memastikan kejadian berkenaan tidak berulang lagi.

Sejurus itu, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menekankan tentang isu berkenaan kerana ia merupakan perkara sensitif buat masyarakat Islam di negara ini.

“Kita akan membincangkan bagaimana langkah seterusnya untuk memastikan kartel daging ini tidak mudah dibolosi atau tidak mudah masuk ke negara,” katanya.

Dalam pada itu, Tosrin memberitahu pihaknya juga sedang merangka satu aplikasi direktori halal untuk memudahkan pengguna Islam serta bukan Islam bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan.

Pada Rabu lalu, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah mengetuai serbuan yang melibatkan sebuagh syarikat yang menyeludup daging sejuk beku dengan membungkus semula daging dengan menggunakan logo halal yang palsu.

Berdasarkan siasatan awal MAQIS, sumber daging sejuk beku yang diseludup masuk itu dari negara Brazil, China, Ukraine dan Argentina.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading