Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KARTEL DAGING: PEGAWAI JAKIM TIDAK TERLIBAT – ZULKIFLI

DALAM NEGARA

KARTEL DAGING: PEGAWAI JAKIM TIDAK TERLIBAT – ZULKIFLI

SEREMBAN: Tiada penglibatan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berhubung isu kartel daging sejuk beku import yang menggunakan logo halal palsu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan keyakinan beliau, kerana beliau sentiasa menasihatkan kakitangan di bawah agensinya untuk bekerja dengan jujur dan mempunyai integriti yang tinggi.

“Saya tidak akan kata macam itu, melainkan ada bukti dan setakat ini saya begitu siqah (yakin bahawa tiada pegawai terlibat).

“Saya juga baru melawat ke makmal JAKIM dan Alhamdulillah, kesungguhan dalam bekerja itu amat terbukti,” katanya semasa merasmikan kelas bimbingan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM).

Tambahan Dr. Zulkifli, bagi mengelak isu sedemikian berulang, usaha akan dipertingkatkan bagi mengeratkan kerjasama dari semua pihak yang terlibat dalam penentuan halal termasuk agensi kerajaan pusat dan negeri.

Terdahulu, media melaporkan taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal yang palsu.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading