DA’I SYED DIHANTAR KE PENJARA KAJANG, MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN TANGGUH HUKUMAN
Pendakwah selebriti Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful terpaksa meringkuk di Penjara Kajang bermula hari ini untuk menjalani hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.
SHAH ALAM: Pendakwah selebriti Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful terpaksa meringkuk di Penjara Kajang bermula hari ini untuk menjalani hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Ini berikutan, Hakim Norazlin Othman menolak permohonan Syed Shah Iqmal, 29, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas mendapati tiada keadaan khas bagi membolehkan mahkamah membenarkan permohonan tersebut.
“Permohonan untuk menangguhkan hukuman adalah ditolak kerana tiada keadaan khas yang membuktikan rayuan ke Mahkamah Tinggi adalah automatik untuk menangguhkan hukuman dan begitu juga merit dalam rayuan tersebut,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin berkata dalam kes ini tiada satu keistimewaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dengan mengambil kira kesalahan jenayah yang telah dibuktikan.
Bagaimanapun, peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili tertuduh berkata sekiranya penangguhan dibenarkan ia tidak akan memprejudiskan mana-mana pihak kerana satu ikat jamin baharu akan diberikan berserta syarat yang lebih ketat untuk memastikan tertuduh tidak melarikan diri.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap Syed Shah Iqmal selepas mendapati dia bersalah merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira pukul 1.35 pagi pada 11 Sept 2019.
Pada 10 April tahun lepas, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan merogol selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 Mac lepas mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan dan memerintahkan tertuduh membela diri atas pertuduhan tersebut.
Sepanjang prosiding hari ini, tertuduh yang memakai sut itu menangis dan menundukkan mukanya ketika berada di kandang tertuduh.
Selepas mahkamah mengumumkan keputusan, isteri kepada Syed Shah Iqmal, Nurulhana Ismail, 38, dilihat memeluk dan menenangkan suaminya yang menangis selepas mendengar keputusan tersebut.
Ahli keluarga turut membawa bayi perempuan pasangan itu yang berusia 16 hari untuk berjumpa Syed Shah Iqmal sebelum dibawa ke Penjara Kajang.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager