DARURAT: PRN SARAWAK DITANGGUHKAN

Sumber Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA: Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sarawak tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa kecuali jika ditamatkan lebih awal.

Dalam satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri, jemaah menteri bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar memperkenankan Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak setelah darurat yang berkuatkuasa pada masa ini berakhir pada 1 Ogos 2021.

“KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Kerajaan Negeri Sarawak telah memperkenankan Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak yang akan mula berkuatkuasa pada 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022,” dalam kenyataan tersebut.

Jelasnya, Proklamasi Darurat di seluruh negeri itu perlu diisytiharkan untuk menangguhkan PRN Sarawak bagi mengelakkan penularan COVID-19 menjadi lebih serius.–AlHijrah Online

Leave a Reply