MUSYAWARAH JALAN TERBAIK TANGANI KRISIS PERLEMBAGAAN NEGARA

KUALA LUMPUR: Krisis perlembagaan yang berlaku baru-baru ini perlu diselesaikan segera agar usaha pemulihan negara akibat pandemik COVID-19 dapat ditumpukan.

Penganalisis politik, Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, pendekatan syura adalah jalan terbaik bagi mencapai persepakatan antara kerajaan dan pihak Istana supaya segala kekusutan dapat dileraikan serta tidak mengelirukan rakyat.

“Barangkali kita harus kembali kepada perlembagaan dan melihat perkara yang boleh diguna pakai untuk memastikan secara bermusyawarah, isu ini tidak berleretan dan kekusutan yang timbul boleh dileraikan.

“Saya percaya isunya adalah wujud pertembungan antara eksekutif dan pihak Istana, kita pernah lihat krisis perlembagaan tahun 1983 dan 1993, kita tidak mahu lihat apa yang telah berlaku itu, akan berlaku sekali lagi selepas beberapa tahun,” jelasnya.

Saksikan laporan Berita Alhijrah siaran 30 Julai 2021. –AlHijrah Online

Leave a Reply