Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SPEAKER DEWAN RAKYAT BERKECUALI USUL TINDAKAN TERHADAP MENTERI DAN PEGUAM NEGARA

DALAM NEGARA

SPEAKER DEWAN RAKYAT BERKECUALI USUL TINDAKAN TERHADAP MENTERI DAN PEGUAM NEGARA

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengambil pendekatan berkecuali daripada membuat apa-apa keputusan berkaitan usul oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran.

Usul itu mencadangkan agar tindakan sewajarnya diambil terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara kerana telah mengelirukan Dewan Rakyat.

“Dalam usul tersebut mempunyai hal-hal yang bersangkutan dan mengenai Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, sebagaimana yang diketahui umum adalah abang kandung saya.

“Saya tidak akan campur tangan dalam apa cara sekalipun dalam pelaksanaan tugas timbalan-timbalan Yang Dipertua di dalam hal berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, sebarang keputusan mengenai usul bertarikh 29 Julai tersebut diserahkan kepada dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Datuk Seri Azalina Othman Said. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading