Connect with us

ALHIJRAH NEWS

GAGAL PATUH SOP: POLIS SIASAT PENGANJUR PROGRAM EDAR DURIAN PERCUMA

DALAM NEGARA

GAGAL PATUH SOP: POLIS SIASAT PENGANJUR PROGRAM EDAR DURIAN PERCUMA

PARIT BUNTAR: Polis membuka kertas siasatan ke atas sebuah syarikat yang menganjurkan pemberian durian percuma di bawah jejambat Jalan Temenggong ke Jalan Sekolah, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mazuki Mat berkata, siasatan awal mendapati orang ramai berdiri dan beratur dalam keadaan tidak terkawal tanpa penjarakan sosial dalam program tersebut.

“Pasukan polis yang ke tempat kejadian telah mengarahkan penganjur menghentikan pemberian durian secara percuma itu dengan serta-merta.

“Satu laporan polis telah dibuat dan satu kertas siasatan telah dibuka ke atas penganjur,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkaan apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mazuki menasihatkan agar orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara yang ditetapkan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Sebelum ini tular di media sosial beberapa gambar menunjukkan kehadiran orang ramai tanpa penjarakan sosial yang bertujuan mengambil durian yang diedarkan secara percuma.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading