Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SIDANG PARLIMEN 2 OGOS DITANGGUHKAN

DALAM NEGARA

SIDANG PARLIMEN 2 OGOS DITANGGUHKAN

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Persidangan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat pada Isnin, 2 Ogos akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin dalam kenyataannya berkata, pemakluman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11 (3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Penangguhan ini adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan COVID-19.

“Yang mana, Kementerian Kesihatan berpendapat bahawa Parlimen merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan COVID-19.


“Oleh itu, saya diarahkan oleh Yang Berhormat Datuk Mohd Rashid Hasnon (Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat) untuk mengemukakan pemberitahu ini kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa Dewan Rakyat tidak bersidang pada Isnin, 2 Ogos 2021,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading