Connect with us

ALHIJRAH NEWS

DAWAI HALUS PUNCA LETUPAN KECIL LRT KELANA JAYA

DALAM NEGARA

DAWAI HALUS PUNCA LETUPAN KECIL LRT KELANA JAYA

Rapid KL mengesahkan dawai halus yang tersangkut pada sistem bekalan kuasa menjadi punca letupan kecil melibatkan sebuah tren LRT di Stesen Taman Jaya, manakala siasatan mendapati tiada kerosakan pada tren atau landasan dan perkhidmatan terus beroperasi seperti biasa.

KUALA LUMPUR: Dawai halus yang dipercayai tersangkut pada sistem bekalan kuasa dikenal pasti sebagai punca insiden letupan kecil melibatkan sebuah tren Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL di Stesen Taman Jaya menghala ke Putra Heights, semalam.

Rapid KL dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan hasil siasatan mendapati dawai halus yang ditemui dalam keadaan cair di lokasi kejadian bukan sebahagian daripada komponen tren mahupun infrastruktur landasan.

Menurut kenyataan itu, tren bernombor 57 yang terlibat dalam kejadian pada 7.18 malam telah dikeluarkan serta-merta daripada perkhidmatan untuk pemeriksaan lanjut.

“Semua penumpang diturunkan dengan selamat di stesen berikutnya sebelum meneruskan perjalanan menggunakan tren lain.

“Pemeriksaan awal oleh pasukan teknikal mendapati tiada kerosakan dikesan pada tren atau komponennya,” menurut kenyataan itu.

Rapid KL turut memaklumkan pemeriksaan terhadap landasan antara Stesen Universiti dan Stesen Taman Jaya mendapati infrastruktur berkenaan berada dalam keadaan baik dan selamat untuk operasi.

“Pemeriksaan terperinci diteruskan selepas tamat waktu operasi sebagai langkah pengesahan bagi memastikan keselamatan perkhidmatan.

“Rapid KL memandang serius setiap insiden yang melibatkan aspek keselamatan dan akan terus menjalankan siasatan lanjut serta mengambil langkah pencegahan sewajarnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” menurut kenyataan itu.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut dan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan sebuah tren LRT mula bergerak dari sebuah stesen sebelum kedengaran bunyi letupan dan kelihatan percikan api. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading