Connect with us

ALHIJRAH NEWS

IMIGRESEN KEDAH TAHAN 42 PENDATANG ASING

DALAM NEGARA

IMIGRESEN KEDAH TAHAN 42 PENDATANG ASING

Antara kesalahan yang dikesan ialah tidak memiliki pas atau permit yang sah untuk berada di negara ini, tinggal melebihi tempoh sah laku pas, menyalahgunakan pas lawatan atau pas kerja, tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah serta melanggar syarat pas yang ditetapkan.

ALOR SETAR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan 42 warga asing dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan selama dua hari di 10 premis sekitar daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.

Menurut kenyataan JIM Kedah, Ops Sapu, Ops Jaja dan Ops Selera yang melibatkan 21 pegawai Unit Tindakan Imigresen, Bahagian Penguatkuasa JIM Kedah dilaksanakan hasil risikan serta aduan awam berhubung kehadiran dan aktiviti warga asing tanpa izin di premis terbabit.

Operasi yang bermula pada 10 pagi itu memeriksa 87 individu terdiri daripada warga tempatan serta warga Myanmar, Vietnam, Bangladesh, Thailand dan Indonesia.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 42 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” menurut kenyataan itu.

Antara kesalahan yang dikesan ialah tidak memiliki pas atau permit yang sah untuk berada di negara ini, tinggal melebihi tempoh sah laku pas, menyalahgunakan pas lawatan atau pas kerja, tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah serta melanggar syarat pas yang ditetapkan.

Menurut JIM Kedah, tangkapan membabitkan tujuh lelaki warga Bangladesh, 16 warga Indonesia terdiri daripada 15 lelaki dan seorang wanita, tiga warga Thailand terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita serta 16 warga Myanmar melibatkan 13 lelaki dan tiga wanita.

Kesemua mereka yang berusia antara 22 hingga 54 tahun dibawa ke Depot Imigresen Belantik bagi tujuan dokumentasi, siasatan dan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Dalam operasi sama, JIM Kedah turut mengeluarkan empat Borang Imm.29 (Saman Kepada Saksi) bagi membantu siasatan.

JIM Kedah memaklumkan pihaknya akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa di seluruh negeri bagi membanteras kehadiran warga asing tanpa izin serta memastikan semua individu yang berada di negara ini mematuhi undang-undang dan peraturan imigresen yang ditetapkan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading