Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PBB GESA PROTES DI IRAQ DIHENTIKAN

DUNIA

PBB GESA PROTES DI IRAQ DIHENTIKAN

BAGHDAD : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa demonstrasi di Iraq dihentikan segera.

Laporan AFP semalam berkata, protes antikerajaan itu telah menyebabkan angka kematian menjadi lebih 100 orang dengan majoritinya adalah penunjuk perasaan.

“Selama lima hari kita menerima laporan mengenai kematian dan kecederaan. Ianya perlu berakhir” kata Jeanine Hennis-Plasschaert, seorang pegawai kanan agensi antarabangsa itu yang berada di Baghdad.

Beliau turut menggambarkan keganasan itu sebagai kehilangan nyawa yang tidak masuk akal’ dan dalang di sebaliknya.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah mendakwa seorang penembak tepat yang telah bertindak menembak kumpulan penunjuk perasaan tersebut dan kini mereka berusaha untuk menjejaki individu yang menyebabkan kematian mangsa lain.

Sekurang-kurangnya 99 terkorban manakala hampir 4000 orang cedera sejak protes untuk menuntut perkhidmatan lebih baik untuk masalah pengangguran dan rasuah yang bermula di ibu negara pada Selasa lalu dan kemudiannya merebak ke bahagian selatan.

Menurut laporan agensi itu lagi kebanyakan penunjuk perasaan menegaskan gerakan itu tiada kaitan dengan mana-mana parti atau kumpulan agama.

Dalam perkembangan lain, kumpulan protes di Nasiriyah bertindak membakar ibu pejabat enam parti politik berbeza di bandar selatan terbabit.

Sementara itu, ribuan lagi membanjiri sekitar bandar Diwaniyah di mana tembakan turut dilepaskan ke udara untuk menyuraikan mereka. — Agensi


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading