Mohd Hanif menunjukkan keadaan kubur sedia ada di Segambut yang semakin penuh dan hanya mampu bertahan sehingga lima tahun lagi. – FOTO SINAR
SEGAMBUT : Kariah Segambut menyuarakan kebimbangan akan status tanah kubur lama yang tidak diselenggara sementara tanah kubur sedia ada yang digunakan sejak 1973 pula semakin penuh.
Wakil penduduk, Mohd Hanif Aliak Akbar berkata, isu tersebut disebabkan tanah kubur lama itu tidak digunakan pada tahap maksimum selepas sebahagian kecil kawasan itu dijadikan penempatan.
Menurutnya, kegunaan tanah di kubur sedia ada semakin padat dan dijangka mampu digunakan sehingga lima tahun dari sekarang.
“Kami baru dalam cadangan untuk meluaskan kawasan tanah kubur itu dengan membuat permohonan ke atas tanah rizab kerajaan yang bersebelahan kawasan itu.
Keadaan tanah kubur lama yang terletak di Jalan Ipoh di sini. – FOTO SINAR
“Namun selepas kerja pembersihan tapak dilakukan baru-baru ini baru kami tahu kawasan itu telah diceroboh dengan pembinaan kuil ketiga yang jaraknya kurang 200 meter antara satu sama lain,” katanya.
Mohd Hanif berkata, beliau berharap pihak kerajaan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberikan perhatian berhubung keadaan status tanah itu.
“Ini kerana saya mendapat maklumat ada tanah yang diwakafkan dan di bawah jagaan Jawi disewakan kepada orang bukan Islam sedangkan ramai penduduk Islam yang memerlukan tempat untuk berniaga dan menjalankan aktiviti di Segambut,” katanya.
Tajul Anuar – FOTO SINAR
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Firdaus Segambut
Luar, Tajul Anuar Tajuddin berkata, tanah kubur lama tidak boleh digunakan
sepenuhnya kerana diceroboh.
“Kira-kira enam rumah terdapat dalam kawasan kubur
tidak termasuk sebahagian tanah kubur di sebelah sungai yang turut dibina
beberapa rumah lagi.
“Difahamkan pemilik rumah pernah diberikan notis
pengosongan pada 2016 namun hanya sampai di situ sahaja tindakannya. Tiada
sebarang tindakan seterusnya menyebabkan isu tersebut yang sepatutnya sudah
boleh selesai tergantung sehingga kini,” katanya.
Menurutnya, beliau turut mempersoalkan status
penyelenggaraan dan naik tarah tanah kubur itu yang sepatutnya pada tahun 2016
namun sehingga kini tiada sebarang kerja dilakukan.
“Papan tanda projek sudah dipasang malah pintu gerbang
lama juga telah dirobohkan namun sehingga kini tiada sebarang kerja dilakukan.
“Pagar kubur lama juga dalam keadaan teruk dan kerja-kerja pembersihan dilakukan secara gotong-royong. Keadaan ini seolah-olah tanah kubur lama dibiarkan tidak berjaga oleh pihak jabatan agama,” katanya.
Lukisan pelan menunjukkan rumah dibina atas tanah kubur di Batu 3 Jalan Ipoh – FOTO SINAR
Sementara itu, Presiden Persatuan Saudara Islam, Osman Abu
Bakar berkata, beliau meminta pihak Jawi mengambil tindakan segera bagi
mengelak isu tersebut berpanjangan dan memberi masalah lebih buruk pada masa
akan datang.
“Sudah masanya pihak Jawi ambil tindakan tegas terhadap
penceroboh yang menggunakan tanah wakaf kubur tanpa kebenaran. Dengan itu,
tanah kubur sedia ada mampu digunakan untuk tempoh 15 tahun lagi.
“Saya juga minta pihak Jawi semak status tanah milik
orang Islam di Segambut dan mengutamakan pembangunan untuk kegunaan orang
Islam.
“Ini kerana saya mendapat maklumat ada tanah yang
diwakafkan dan di bawah jagaan Jawi disewakan kepada orang bukan Islam
sedangkan ramai penduduk Islam yang memerlukan tempat untuk berniaga dan
menjalankan aktiviti di Segambut,” katanya.
Usaha Sinar Harian bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak Jawi tidak berjaya dan sehingga kini belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak tersebut bagi menjawab isu dibangkitkan penduduk. — SINAR HARIAN
Papan tanda projek melibatkan beberapa kerja yang dicadangkan pada tahun 2016 namun sehingga kini tidak dilaksanakan. – FOTO SINAR
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked