DEMONSTRASI MASAKAN BUKA PELUANG CHEF WAN NOOR BERKHIDMAT DI TANAH SUCI
Menurutnya petugas TH disajikan makanan dengan cita rasa Malaysia untuk mengubat kerinduan kepada tanah air sepanjang bertugas pada musim haji selama kira-kira dua bulan.
MAKKAH: Undangan mengadakan demonstrasi masakan 15 tahun lepas membawa rezeki tidak ternilai buat seorang tukang masak selepas ia menjadi permulaan untuk beliau berkhidmat kepada petugas Tabung Haji (TH) di tanah suci Makkah.
Berkongsi kisah itu, Chef Wan Noor Zamran Hashim, 52, yang mengetuai dapur di bangunan Abraj Al-Janadriyyah, ibu pejabat TH di sini, berkata beliau diundang memasak menggunakan produk sebuah syarikat rempah ratus dalam satu program pemasaran pada 2008.
Usahawan pastri dan biskut itu, berkata selain produk berkenaan terpilih untuk dijadikan antara bahan utama masakan, beliau sendiri turut ditawarkan berkhidmat menyediakan juadah bagi operasi musim haji pada tahun itu.
“Saya terkejut dan gembira kerana di samping menjalankan tugas, saya berpeluang melakukan ibadah di Tanah Suci,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Mengenai tugasnya, Wan Noor Zamran berkata dengan dibantu dua chef dan dua pembantu tempatan, beliau akan mula bekerja seawal 3.30 pagi hingga kira-kira 7 malam setiap hari bagi menyiapkan makanan untuk petugas di ibu pejabat serta 12 maktab penginapan di sekitar Makkah, Arab Saudi.
Menurutnya petugas TH disajikan makanan dengan cita rasa Malaysia untuk mengubat kerinduan kepada tanah air sepanjang bertugas pada musim haji selama kira-kira dua bulan.
Beliau yang telah bertugas pada 14 musim haji, berkata bagi mengekalkan keaslian rasa makanan, bahan mentah seperti ikan bilis, udang kering, cili kering dan rempah ratus dibawa dari Malaysia.
Wan Noor Zamran berkata pasukannya bersama pasukan memasak Malaysia di Madinah akan bekerjasama menyediakan kira-kira 70 kilogram makanan kepada 670 petugas ketika hari kemuncak ibadah haji meliputi ibadah wukuf di Arafah, mabit di Mudzalifah dan melontar di Mina.
Dalam pada itu, chef di sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur, Muhammad Ramli, 36, sanggup mengambil cuti tanpa gaji bagi menyertai pasukan memasak untuk petugas TH di sini.
“Mendapat peluang sebegini bukan senang, walaupun penat saya seronok kerana berpeluang menunaikan haji dan beribadah di Masjidil Haram,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.