Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA PEGAWAI TENTERA TERLIBAT KEMALANGAN LANGGAR LEMBU

DALAM NEGARA

DUA PEGAWAI TENTERA TERLIBAT KEMALANGAN LANGGAR LEMBU

SEREMBAN: Dua pegawai tentera terlibat dalam kemalangan selepas seekor lembu muncul secara tiba-tiba di hadapan kenderaan yang dinaiki mereka semasa melalui jalan di Kilometer 249.7 Lebuhraya PLUS, awal pagi semalam.

SEREMBAN: Dua pegawai tentera terlibat dalam kemalangan selepas seekor lembu muncul secara tiba-tiba di hadapan kenderaan yang dinaiki mereka semasa melalui jalan di Kilometer 249.7 Lebuhraya PLUS, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu sempat dirakam kamera papan pemuka kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki dua pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata, kedua-dua mangsa terlibat dalam kemalangan itu mengalami kecederaan ringan.

“Dua pegawai tentera laut itu dalam perjalanan pulang ke Kem TLDM Lumut, Perak dari Kulai, Johor.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan pacuan empat roda model Ford Ranger dinaiki dua lelaki itu terlanggar seekor lembu yang muncul mendadak di lorong kanan lebuh raya,” katanya.

Nanda berkata, akibat kemalangan kenderaan dipandu pegawai berusia 39 tahun itu berpusing dan terhenti di lorong kiri.

“Pemandu dan seorang penumpang lelaki berusia 42 tahun mengalami kecederaan ringan. Ketika kejadian jalan gelap dan lancar,” katanya.

Sebelum ini tular di media sosial sebuah video menunjukkan rakaman kamera papan pemuka (dash cam) memaparkan sebuah kenderaan merempuh seekor lembu yang muncul mendadak di tengah jalan raya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading