Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ZUL ARIFFIN DISIASAT MUAT NAIK KANDUNGAN JELIK

DALAM NEGARA

ZUL ARIFFIN DISIASAT MUAT NAIK KANDUNGAN JELIK

Tindakan tersebut diambil susulan pelakon tersebut memuat naik kandungan jelik di laman Instagramnya baru-baru ini.

PUTRAJAYA: Pelakon terkenal, Zul Ariffin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKM) 1998.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-Kom), Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan tersebut diambil susulan pelakon tersebut memuat naik kandungan jelik di laman Instagramnya baru-baru ini.

“Zul Ariffin akan disiasat kerana hantaran Instagram yang menyalahi undang-undang,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Tegas Annuar, adegan seperti yang dipaparkan itu tidak akan dibenarkan untuk tayangan.

“Sama ada bulan Ramadan atau bulan lain, jagalah nilai dan budaya,” katanya.

Sebelum ini tular sebuah video memaparkan adegan drama yang tidak bertepatan dengan norma masyarakat serta hukum syarak.

Video tersebut juga mengundang kecaman netizen lebih-lebih lagi ia dikhabarkan akan ditayang pada bulan Ramadan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading