BEKAS PRESIDEN JCORP DIDAKWA PERDAYA AHLI LEMBAGA PENGARAH
JOHOR BAHRU: Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdayakan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah JCorp untuk membuat pelaburan AS$2.25 juta (RM9.46 juta) di dua syarikat, tiga tahun lepas.
Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan memperdayakan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah JCorp. Gambar: BERNAMA
JOHOR BAHRU: Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdayakan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah JCorp untuk membuat pelaburan AS$2.25 juta (RM9.46 juta) di dua syarikat, tiga tahun lepas.
Kamaruzzaman, 58, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang ketika itu memegang jawatan tersebut, telah memperdayakan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah JCorp dengan tidak memaklumkan kedudukan syarikat World Logistic Council Ltd yang tidak mampu meneruskan operasi dan secara tidak jujur mendorong Ahli-Ahli Lembaga Pengarah JCorp bersetuju untuk melaburkan US$5 juta, yang mana US$1 juta telah dilaburkan dalam syarikat World Logistic Council Ltd manakala US$1.25 juta dilabur dalam syarikat World Logistic Council Americas LLC.
Kamaruzzaman didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 9.30 pagi hingga 1.45 tengah hari di Bilik Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah, Tingkat 25, Menara Komtar di sini, pada 8 Julai 2019.
Dia dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta didenda, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zander Lim Wai Keong memohon agar mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM200,000 dengan penjamin warganegara serta syarat tambahan iaitu melaporkan diri dengan pejabat SPRM terdekat, menyerahkan pasport antarabangsa dan tidak mengganggu saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan.
Bagaimanapun, peguam K. Ragunath yang mewakili Kamaruzzaman, memohon agar wang jaminan dikurangkan serta pasport diserahkan sebelum 23 April memandangkan tertuduh akan menunaikan umrah pada 7 April ini.
Hakim kemudiannya menetapkan wang jaminan RM150,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkan Kamaruzzaman memenuhi syarat-syarat tambahan tersebut serta membenarkan pasport diserahkan sebelum 23 April.
Kes akan disebut semula pada 25 Mei bagi serahan dokumen dan senarai saksi pendakwaan kepada pihak peguam bela.
Kamaruzzaman dilantik ke jawatan itu pada Disember 2010 menggantikan Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim, sebelum bersara pada 12 Dis 2019. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked