DUTA PALESTIN HARGAI USAHA MESIR DALAM GENCATAN SENJATA DI GAZA
KAHERAH: Duta Palestin meluahkan penghargaannya dalam usaha Mesir untuk mencapai gencatan senjata antara Israel dan Palestin di Semenanjung Gaza dan menghentikan serangan baru-baru ini, menurut kenyataan Kedutaan Palestin di Kaherah di sini semalam.
Memetik laporan agensi berita Xinhua, Duta Palestin, Diab al-Louh “berterima kasih kepada Mesir atas usahanya menghentikan pencerobohan kejam Israel terhadap semua rakyat Palestin di Gaza dan menilai kedudukan Mesir dalam menyebabkan hak sah rakyat Palestin”.
Serangan Israel ke atas Gaza sejak selasa lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 34 maut dan lebih 100 cedera, manakala berdozen roket dilancarkan militan Jihad Islam Palestin di timur dan tengah bandar Israel menyebabkan tiga cedera. Tiada kematian dilaporkan di pihak rejim Israel.
Ketegangan itu bermula selepas komander kanan Jihad Islam, Baha Abu al-Atta dan isterinya terbunuh dalam serangan udara rejim Israel di rumahnya pada selasa.
Kedua-dua pihak mengumumkan gencatan senjata yang dicapai pada khamis.
Jurucakap Jihad Islam, Musab al-Braim memberitahu pemberita, “perjanjian gencatan senjata berlaku pagi ini melalui perantaraan Mesir”.
Konflik Israel-Palestin bermula sejak lebih 70 tahun lalu diikuti dengan penjajahan Israel terhadap wilayah Palestin yang disokong barat pada 1948.
Mesir berulang kali menyuarakan sokongan untuk penyelesaian dua negara yang disokong PBB dan penubuhan sebuah negara Palestin bebas dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara berdasarkan perjanjian sempadan selepas perang 1967. — Terjemahan AlHijrah Online