Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ECUADOR: BANDUAN TAWAN 139 PENGAWAL DAN KAKITANGAN PENJARA

DUNIA

ECUADOR: BANDUAN TAWAN 139 PENGAWAL DAN KAKITANGAN PENJARA

Kira-kira 125 pengawal penjara dan 14 pegawai pentadbiran dijadikan tawanan oleh banduan di lima penjara di Ecuador ekoran rusuhan dan pemberontakan yang tercetus pada Isnin.

Anggota Angkatan Tentera meronda jalan semasa operasi melindungi keselamatan awam di Quito, pada 10 Januari 2024. Presiden Ecuador Daniel Noboa memberi arahan pada Selasa untuk “meneutralkan” kumpulan penjenayah selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu dan melepaskan tembakan di sebuah studio TV, ketika penyamun mengancam hukuman mati secara rambang pada hari kedua keganasan di negara itu. –foto AFP

QUITO: Kira-kira 125 pengawal penjara dan 14 pegawai pentadbiran dijadikan tawanan oleh banduan di lima penjara di Ecuador ekoran rusuhan dan pemberontakan yang tercetus pada Isnin, lapor Xinhua. 

Mereka ditawan di penjara di wilayah Azuay dan Canar, Napo, Tungurahua dan Cotopaxi.

“Polis dan angkatan tentera terus bekerjasama untuk membebaskan mereka,” menurut pihak berkuasa National Comprehensive Care Service for Adults Deprived of Liberty and Adolescent Offenders.

Rusuhan tercetus selepas pihak berkuasa mengesahkan bahawa Adolfo “Fito” Macias, pengedar dadah utama negara dan ketua kumpulan jenayah “Los Choneros” telah melarikan diri dari Regional Prison Eight yang terletak di bandar Guayaquil.

Presiden Ecuador Daniel Noboa menggesa pasukan tentera dan polis untuk mengembalikan ketenteraman di penjara.

Pada Isnin, Noboa mengisytiharkan darurat di seluruh negara untuk memerangi aktiviti jenayah, terutamanya di penjara, di tengah-tengah peningkatan keganasan yang dicetuskan oleh kumpulan yang bersaing untuk mengawal laluan pengedaran dadah. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading