Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGKA KORBAN DI GAZA KINI CECAH 23,357 ORANG

DUNIA

ANGKA KORBAN DI GAZA KINI CECAH 23,357 ORANG

Agensi Anadolu melaporkan sejumlah mangsa masih berada di bawah runtuhan dan di jalan-jalan raya kerana ambulans tidak dapat masuk ke lokasi serangan disebabkan serangan udara dan darat bertubi-tubi yang dilancarkan tentera Israel. 

Gambar fail (AFP)

BANDARAYA GAZA: Jumlah korban akibat serangan rejim Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas, meningkat kepada 23,210 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Selasa.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan sekurang-kurangnya 59,167 lagi cedera.

Agensi Anadolu melaporkan sejumlah mangsa masih berada di bawah runtuhan dan di jalan-jalan raya kerana ambulans tidak dapat masuk ke lokasi serangan disebabkan serangan udara dan darat bertubi-tubi yang dilancarkan tentera Israel. 

Serangan berterusan rejim itu turut memusnahkan  60 peratus infrastruktur di Gaza manakala hampir dua juta penduduk hilang tempat tinggal.

Penduduk juga bergelut dengan kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading