WANITA SARAT HAMIL DITAHAN BERSAMA SUAMI SELUDUP GANJA
Wanita sarat hamil sembilan bulan dan suaminya ditahan bersama 10,277 gram (g) ganja di dalam kenderaan dinaiki, ketika disyaki cuba menyeludup masuk dadah ke negara ini di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam Ahad lepas.
JITRA: Wanita sarat hamil sembilan bulan dan suaminya ditahan bersama 10,277 gram (g) ganja di dalam kenderaan dinaiki, ketika disyaki cuba menyeludup masuk dadah ke negara ini di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Rodzi Abu Hassan berkata pasangan berumur 34 dan 35 tahun berasal dari Perlis itu ditahan kira-kira pukul 11.50 malam oleh sepasukan anggota yang sedang membuat rondaan dan kawalan di kawasan berkenaan.
“Kita menjalankan pemeriksaan pada trak pikap (Toyota Hilux) dinaiki mereka dalam keadaan mencurigakan sebelum menemukan 10 balutan plastik lutsinar yang di dalamnya berisi dadah disyaki ganja disembunyikan di bawah tempat duduk penumpang belakang seberat 10,277 g.
“Dadah itu dipercayai dibawa masuk dari seberang (Thailand) untuk pasaran sebelah utara termasuk Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dan jika terlepas ia boleh digunakan sebanyak 3,200 penagih,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Rodzi berkata berdasarkan siasatan, suspek didapati sering keluar masuk ke Thailand melalui sempadan Bukit Kayu Hitam untuk menjalankan kegiatan terbabit dan melakukannya pada waktu malam.
“Siasatan juga menjurus kepada penglibatan mereka sama ada mempunyai rangkaian sindiket atau tidak … berapa lama mereka melakukannya, masih dalam siasatan,” katanya.
Beliau berkata ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek juga mendapati mereka positif ganja dan pasangan itu direman hingga 14 Jan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Suaminya berumur 34 tahun juga memiliki lapan rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan ibu hamil itu memiliki tiga rekod atas kesalahan sama,” katanya.
Sementara itu, dalam kes berasingan, sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman berjaya menahan seorang pemandu lori berumur 29 tahun serta merampas 10,105 g ganja di Jalan Sujana Lunas, Kulim.
Ketua Polis Daerah Kulim Supt Mohd Azizul Mohd Khairi berkata dadah bernilai RM31,325 ditemukan di dalam kereta dinaiki suspek selepas pemeriksaan kira-kira pukul 5.20 petang pada Ahad lepas.
Beliau berkata polis menjumpai 10 ketulan mampat dibalut plastik yang di dalamnya mengandungi tumbuhan kering disyaki ganja.
“Suspek yang memiliki dua rekod kesalahan jenayah lampau direman hingga 14 Jan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalahan mengedar dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked