Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MUHAMMAD SANUSI BERI KETERANGAN DI SPRM PUTRAJAYA BANTU SIASATAN KES RASUAH KFA

DALAM NEGARA

MUHAMMAD SANUSI BERI KETERANGAN DI SPRM PUTRAJAYA BANTU SIASATAN KES RASUAH KFA

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berada kira-kira tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini dipercayai bagi membantu siasatan dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Kenderaan yang membawa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meninggalkan pekarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini selepas memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah lebih RM6 juta yang dikaitkan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA). –fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berada kira-kira tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini dipercayai bagi membantu siasatan dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Muhammad Sanusi dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM itu pada 11.37 pagi setelah tiba pada 8.30 pagi, namun gagal ditemui media yang menunggu di luar pagar premis itu.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi Bernama mengesahkan SPRM mengambil keterangan Muhammad Sanusi hari ini.

Pada Selasa lepas, SPRM mengesahkan akan memanggil Muhammad Sanusi bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan rasuah lebih RM6 juta yang dikaitkan dengan KFA.

Media sebelum ini melaporkan siasatan itu dilakukan selepas SPRM menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan memperoleh projek di Kedah jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak negeri itu. 

Pada 5 Jan lepas, media melaporkan SPRM mendapat perintah tahanan reman selama tiga hari terhadap empat  individu berusia lingkungan 40 hingga 60 tahun termasuk Ketua Pegawai Eksekutif KFA bagi membantu siasatan dalam kes meminta dan menerima rasuah lebih RM6 juta pada 2020. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading