KUALA LUMPUR: Sebarang pengeksportan minyak masak dalam bentuk polibeg dihentikan berkuat kuasa serta merta, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata langkah tersebut bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dengan minyak masak bersubsidi yang turut dijual dalam bentuk polibeg.
“Apabila ada pengeksport yang mengeksport minyak masak dalam bentuk yang hampir serupa, ia menimbulkan masalah kepada penguatkuasa.
“Maka, tidak akan dibenarkan lagi sebarang eksport minyak masak dalam bentuk polibeg…mesti dieksport dalam bentuk lain,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Annuar berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan berunding dengan pihak-pihak berkaitan, terutamanya yang mengeluarkan lesen eksport minyak masak dalam bentuk polibeg.
Berkenaan protes yang menuntut kerajaan menangani kenaikan harga barang pada Sabtu lepas seperti dilaporkan media, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata sebahagian besar perkara yang dituntut itu sebenarnya telah dilaksanakan kerajaan.
Katanya memorandum berkenaan tidak disampaikan kepada pihak kerajaan dan beliau menerima laporan bahawa kumpulan terbabit menyerahkan memorandum itu, kepada pihak pembangkang.
“Daripada maklumat yang kita terima, ada empat, lima perkara yang disebut tentang apa yang mereka hasratkan, saya tidak guna istilah apa yang mereka tuntut, (tetapi) apa yang mereka hasratkan.
“Saya ambil kira itu (hasrat kumpulan berkenaan) sebagai sesuatu yang mempunyai niat baik dan kita baca satu per satu lima perkara itu, jadi perkara-perkara yang sebahagian besarnya saya dapati perkara yang sudahpun dilakukan (kerajaan), tetapi mungkin tidak ada dalam pengetahuan mereka,” katanya.
Justeru, Annuar berkata pihaknya akan membuat libat urus secara terus dengan pemimpin berkenaan untuk berkongsi maklumat serta merapatkan jurang pemahaman tentang isu inflasi, selain boleh berkongsi pendapat.
Selain itu, Annuar memaklumkan matlamat pasukan khas itu juga adalah mengekalkan Malaysia dalam kalangan negara ASEAN, sebagai negara yang dapat menyediakan barang keperluan asas pada harga paling rendah dan mengekang kenaikan inflasi pada tahap yang terkawal.
“Kita bukan nak kata kita boleh menghapuskan inflasi atau hentikan inflasi sepenuhnya, itu orang kata memberi janji sesuatu yang tidak mungkin boleh kita lakukan sebab saya kata tadi, ada inflasi kerana faktor luar (di luar kawalan kerajaan),” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests