Pihak yang terlibat secara langsung dalam ekosistem pengeluaran dan penjualan minyak masak diminta agar tidak menyorok atau mencatut produk itu berikutan penetapan harga maksimum pada RM34.70 bagi botol lima kilogram yang berkuat kuasa esok.
SERDANG: Pihak yang terlibat secara langsung dalam ekosistem pengeluaran dan penjualan minyak masak diminta agar tidak menyorok atau mencatut produk itu berikutan penetapan harga maksimum pada RM34.70 bagi botol lima kilogram yang berkuat kuasa esok.
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu pada akhirnya akan merugikan peniaga dan peruncit selain mendatangkan masalah kepada pengguna.
“Jangan kerana harga minyak akan turun, kita mula sorok barang. Ia tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyorok produk itu ketika ia dijual pada harga murah sekali gus mengundang kegusaran bekalan minyak masak menjadi terhad di pasaran.
Annuar turut mengingatkan mereka agar tidak terlibat dalam aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang dan meminta semua pihak mematuhi keputusan kerajaan apabila sesuatu barangan atau komoditi dimasukkan dalam senarai harga maksimum.
Beliau juga berkata impak positif kerjasama rentas agensi terserlah apabila terdapat pasar raya yang mula menurunkan harga bagi minyak masak botol tidak bersubsidi walaupun penetapan harga siling bagi produk itu berkuat kuasa esok.
“Setakat ini, saya berpuas hati kerana selepas pengumuman harga maksimum untuk minyak masak, belum sampai 8 Ogos ramai sudah turunkan harga lebih rendah daripada RM34.70.
“Semalam saya di Melaka, ayam dijual pada harga RM7.99 sekilogram biarpun harga siling RM9.40. Maknanya kita boleh buat (turunkan harga) tapi perlukan kerjasama semua pihak,” katanya.
Kerajaan sebelum ini memutuskan bahawa harga minyak masak sawit tulen tidak bersubsidi dalam botol lima kilogram ditetapkan pada RM34.70 yang berkuat kuasa esok dan harga minyak masak akan ditetapkan setiap bulan menerusi pengumuman oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Mengenai MAHA2022, Annuar berkata tumpuan beliau adalah terhadap aspek teknologi dan aplikasi digital dalam bidang pertanian yang memainkan peranan penting sebagai langkah menjamin sekuriti makanan bagi tempoh jangka panjang.
Katanya kerajaan akan terus menggalakkan petani agar mengaplikasi elemen teknologi dalam bidang pertanian memandangkan digitalisasi semakin dijadikan keutamaan dalam semua aspek.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager