Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EMPAT SEKELUARGA CEDERA, KERETA REMPUH BABI HUTAN

DALAM NEGARA

EMPAT SEKELUARGA CEDERA, KERETA REMPUH BABI HUTAN

Empat sekeluarga cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan akibat merempuh seekor babi hutan di Jalan Muar-Parit Sulong di sini, tengah hari semalam.

MUAR: Empat sekeluarga cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan akibat merempuh seekor babi hutan di Jalan Muar-Parit Sulong di sini, tengah hari semalam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Zuraimi Harun berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.40 tengah hari sebelum pasukan keluaran operasi (PKO) bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian didapati kereta jenis Proton Iswara yang dipandu mangsa, Mohd Halid Shahid, 59, terbabas selepas melanggar seekor babi hutan yang cuba melintas.

“Mangsa mengalami patah di bahagian tulang peha, manakala tiga lagi individu di dalam kereta tersebut iaitu Norlinda Tukiman, 38, Nurisma Aliah Mohd Halid, 13, dan Muhammad Aiman Haziq Mohd Halid, 9, cedera ringan,” katanya dalam kenyataan.

Zuraimi berkata operasi pasukan berkenaan membabitkan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS), dua unit Rapid Intervantion Motocycle (RIM) dan satu jentera Water Tanker berserta 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar.

Menurutnya kesemua mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan lanjut dan operasi ditamatkan pada 2.22 petang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading