Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ENAKMEN BAHARU: KELANTAN SIAP SEDIA LAKSANA PERATURAN HIBURAN LEBIH TEGAS

DALAM NEGARA

ENAKMEN BAHARU: KELANTAN SIAP SEDIA LAKSANA PERATURAN HIBURAN LEBIH TEGAS

Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2024 yang bakal berkuat kuasa empat hari lagi membolehkan kawalan lebih tegas dilaksana terhadap aktiviti hiburan di Kelantan.

Hilmi Abdullah –fotoBERNAMA

KOTA BHARU: Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2024 yang bakal berkuat kuasa empat hari lagi membolehkan kawalan lebih tegas dilaksana terhadap aktiviti hiburan di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Hilmi Abdullah berkata enakmen itu diluluskan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada November. 

Beliau berkata individu atau syarikat yang mahu menganjurkan acara hiburan diingatkan supaya mengemukakan permohonan sebulan lebih awal bagi memudahkan proses semakan dan mengelak sebarang pelanggaran peraturan.

“Memandangkan sudah 26 tahun tiada sebarang pindaan atau penambahbaikan dibuat terdapat banyak kelompangan yang menimbulkan kesulitan dari segi pelaksanaannya. 

“Penggubalan enakmen baharu ini selari hasrat pihak berkuasa negeri untuk menukar pegawai pelesen hiburan daripada ketua jajahan kepada yang dipertua pihak berkuasa tempatan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Antara perubahan baharu yang terdapat dalam enakmen itu, semua kadar denda kesalahan dan kompaun dinaikkan hingga maksimum RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kadar deposit cagaran hiburan dinaikkan hingga tidak lebih RM20,000 dan kesalahan yang mengandungi larangan atau unsur larangan boleh didenda hingga RM30,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

Kesalahan Penalti Am juga dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM5,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali dan garis panduan enakmen itu juga turut mengambil kira kesalahan berkait penggunaan alat-alat elektronik. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading