FACEBOOK DONALD TRUMP DIGANTUNG HINGGA 2023

Sumber Gambar: AFP

WASHINGTON: Facebook menggantung akaun bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump selama dua tahun, pada Jumaat lepas.

Lapor AFP, penggantungan tersebut susulan tindakan beliau melanggar peraturan platform itu selepas memuat naik beberapa status berhubung insiden rusuhan berlaku di bangunan Capitol.

Dalam masa yang sama, akaun Instagram Trump turut digantung selama tempoh berkenaan.

Menurut Naib Presiden Hal Ehwal Global Facebook, Nick Clegg, penggantungan tersebut berkuat kuasa bermula 7 Januari selepas Trump dikeluarkan daripada platform berkenaan.

“Kami percaya tindakannya merupakan pelanggaran serius terhadap peraturan yang perlu dikenakan penalti maksimum,” katanya.

Facebook menyifatkan tindakan Trump sebagai pelanggaran peraturan yang amat serius.—AlHijrah Online

Leave a Reply