Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

FILEM LGBT: YADIM BUAT ADUAN KEPADA SKMM

DALAM NEGARA

FILEM LGBT: YADIM BUAT ADUAN KEPADA SKMM

CYBERJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini tampil membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung sebuah filem berunsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Filem berjudul ‘Stay Away From Me’ itu dipercayai menampilkan beberapa pelakon lelaki muda yang tular di media sosial baru-baru ini dengan rata-rata netizen memberikan reaksi negatif terhadap video berkenaan.

Orang ramai menganggap kandungan itu tidak sesuai ditayangkan untuk tontonan umum.

Aduan berkenaan filem tersebut disampaikan oleh pegawai YADIM kepada Unit Aduan Pengguna SKMM.

Dalam aduan sama, YADIM turut memaklumkan kepada SKMM mengenai aplikasi yang mempunyai unsur yang sama iaitu Blued:Gay Live Chat and Dating dalam senarai Apple App Store dan Google Play Store.

Baru-baru ini, Yang Dipertua YADIM, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya akan membuat laporan kepada SKMM mengenai sebuah siri filem dalam bentuk kandungan digital yang dikatakan berunsur LGBT.

Beliau turut menggesa SKMM untuk memantau serta mengambil tindakan terhadap sebarang kandungan digital atau cetak yang berunsurkan LGBT. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading