MAYAT BAYI DITEMUKAN DI TONG SAMPAH

KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi yang masih mempunyai tali pusat ditemui di dalam tong sampah di tempat letak kenderaan bertingkat sebuah flat di Bandar Tun Razak, Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras Acp Muhammad Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata mayat bayi itu ditemui seorang lelaki bukan warganegara bekerja sebagai pekerja pembersihan.

“Saksi mendakwa semasa mengambil tong sampah di bawah flat tersebut telah ternampak satu mayat bayi perempuan yang masih mempunyai tali pusat di atas tong sampah tersebut dan telah memaklumkan perkara tersebut kepada penyelianya.

“Mayat bayi malang tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras, Kuala Lumpur untuk bedah siasat pada 14 Disember 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya tiada sebarang dokumen pengenalan dijumpai pada bayi malang tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.

Muhammad Idzam berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini dan tiada tangkapan dilakukan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 013-2165881 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.– AlHijrah Online

Leave a Reply