KAMPUNG GAJAH: Tindakan menegur salah seorang suspek supaya tidak menonton video lucah menjadi motif pelajar lelaki tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah (SAS) Kuala Kangsar dipukul.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ketika ditemu bual polis mangsa juga memaklumkan akan mengadu kepada warden menyebabkan kumpulan terbabit berang.
“Berdasarkan temubual, mangsa memberitahu dia telah menasihati seorang daripada suspek supaya tidak menonton video lucah dan jika enggan akan melaporkan kepada guru atau warden.
“Keadaan ini telah menyebabkan enam orang suspek telah marah dan terdapat seorang pelajar tingkatan tiga yang mengarahkan enam orang suspek untuk menumbuk mangsa,” katanya.
Menurut Datuk Mior Faridalathrash, ekoran insiden tersebut polis telah menahan 10 pelajar yang terlibat untuk dirakam percakapan sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
Ujar beliau, 11 buah telefon bimbit turut dirampas untuk dihantar ke bahagian forensik bagi melihat kandungan dalam peranti berkenaan.
“Mangsa kini dirawat di sebuah hospital di Selangor dan keadaannya stabil tanpa kecederaan serius.
“Setakat ini dua laporan polis berkaitan kes diterima iaitu daripada pengetua sekolah dan bapa mangsa,” katanya.
Mior Faridalathrash berkata, kertas siasatan kes akan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk proses pendakwaan sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perjumpaan Ketua Polis Perak Bersama Ketua Agensi Polis Bantuan Kontinjen Perak Tahun 2021 di Dewan Agro Aman Jaya, Kompleks Perumahan Kakitangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) Tanjung Tualang, Kampung Gajah, hari ini.
Jumaat lalu, video berdurasi 10 saat tular dalam media sosial memaparkan seorang pelajar dikepung rakan-rakannya di dalam bilik asrama dengan mangsa ditumbuk di bahagian perut. Video tersebut mendapat perhatian warganet dengan rata-rata mengecam tindakan pelajar-pelajar berkenaan yang membuli mangsa.
Susulan kejadian itu, 10 pelajar lelaki melibatkan sembilan pelajar berusia 13 tahun dan seorang lagi berusia 15 tahun ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar untuk membantu siasatan.
Siasatan kes tersebut dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan Kerana Merusuh dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. – AlHijrah Online / Hamimah Hamid
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
Pingback: Kes Buli MRSM: Mangsa Dipukul Kerana Tegur Rakan Tonton Video Lucah