Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

FORUM GLOBAL MADANI PLATFORM PAMER WAWASAN MADANI KEPADA DUNIA ISLAM

DALAM NEGARA

FORUM GLOBAL MADANI PLATFORM PAMER WAWASAN MADANI KEPADA DUNIA ISLAM

KUALA LUMPUR: Penganjuan Forum Global Madani pada 10 dan 11 Julai 2024 menjadi platfrom mempromosikan wawasan Madani kepada dunia Islam terutama usaha-usaha digerakkan yang menyumbang kepada kebangkitan tamadun Islam dan Asia.

Perdana Menteri ketika hadir pada Forum Global Madani. – FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Penganjuran Forum Global Madani pada 10 dan 11 Julai 2024 menjadi platfrom mempromosikan wawasan Madani kepada dunia Islam terutama usaha-usaha digerakkan yang menyumbang kepada kebangkitan tamadun Islam dan Asia.

Forum dua hari itu juga bertujuan membincangkan dan mengambil inspirasi kejayaan dunia Islam masa lalu untuk dijadikan pemangkin kepada kebangkitan tamadun Islam seterusnya.

Ilmuan dan pakar dunia Islam dari pelbagi negara dijemput sebagai panel untuk membentangkan kertas kerja masing-masing merangkumi pelbagai tajuk yang menyentuh masa depan tamadun Islam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir ke Forum Global Madani berkata amat sesuai konsep Madani dibincangkan dalam forum tersebut mengambil kira elemen keadilan, kebebasan, nilai dan kemakmuran ekonomi yang menjadi antara teras kerangka Madani.

“Saya zahirkan penghargaan kepada Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan rakan strategiknya atas penganjuran program ini serta kepada semua pembentang dan peserta dari dalam serta luar negeri. 

“Semoga ianya bermanfaat serta mampu memberi pencerahan mengenai Malaysia MADANI yang kita dukung hari ini,” katanya.

Sementara itu Ketua Pengarah IKIM, Prof Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berharap penganjuran forum itu dapat meneroka strategi yang membawa kepada kebangkitan tamadun Islam.

“Forum ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada umat Islam tetapi seluruh rakyat Malaysia dan tamadun Asia yang lebih luas,” katanya.

Bertemakan ‘Catalysing The Next Civilastional Revival’, forum itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Forum Global Madani dianjurkan bersama IKIM dan Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama antaranya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM), serta penyiar rasmi TV AlHijrah dan IKIM. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading