GAJAH ‘DATANG’ SEKOLAH

GERIK: Sekumpulan gajah dilihat menceroboh masuk kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) RPS Kemar, dipercayai untuk mencari makanan, sejak beberapa bulan lalu.

Selasa lalu, seekor gajah dewasa yang dianggarkan berusia 35 tahun dilihat masuk ke dalam sekolah tersebut.

Kejadian itu sempat dirakam seorang lelaki yang berada di dalam kawasan itu, namun gajah tersebut tidak bertindak agresif mahupun mencederakannya.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya meneima laporan antara empat hingga lima ekor gajah masuk ke sekolah itu sebelum ini.

“Kakitangan PERHILITAN baru sahaja melakukan kerja-kerja baik pulih pagar itu dan arus elektrik pun sudah mencapai 9.1 volt, cukup untuk menghalang gajah masuk ke kawasan itu.

“Kami juga memasang lampu biru ‘high LED’ untuk menakutkan gajah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Yusoff turut meminta kerjasama orang ramai, khususnya penduduk setempat untuk bersama-sama menjaga pagar elektrik berkenaan.—AlHijrah Online

Leave a Reply