Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GARIS PANDUAN UMAT ISLAM HADIR RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM: JAKIM BOLEH NASIHAT, TIDAK BERSIFAT DASAR

DALAM NEGARA

GARIS PANDUAN UMAT ISLAM HADIR RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM: JAKIM BOLEH NASIHAT, TIDAK BERSIFAT DASAR

Jemaah Menteri hari ni bersetuju bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memberikan nasihat kepada umat Islam berhubung keperluan menjaga akidah di rumah ibadat bukan Islam.

KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri hari ni bersetuju bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memberikan nasihat kepada umat Islam berhubung keperluan menjaga akidah di rumah ibadat bukan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar bersama Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata, nasihat itu bagaimanapun tidak bersifat dasar.

Katanya, Jemaah Menteri juga mengingatkan setiap dasar yang dirangka perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional serta mendapatkan kelulusan Kabinet terlebih dahulu.

Terdahulu, mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah meneliti kekeliruan cadangan pelaksanaan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam.

“Perkara ini berbangkit susulan beberapa pertanyaan daripada umat Islam tentang jemputan ke majlis anjuran masyarakat bukan Islam yang mungkin melibatkan unsur-unsur keagamaan.

“Bagi memberi panduan kepada umat Islam, JAKIM telah mengambil inisiatif membangunkan garis panduan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Perpaduan Negara akan terus menyemarakkan pelaksanaan Dialog Harmoni bagi memperkukuhkan keharmonian dan menggalakkan interaksi antara penganut pelbagai agama di negara ini.

Jelasnya perbincangan inklusif dengan mengambil kira sensitiviti semua pihak adalah amat penting dalam membina kesepaduan nasional.

“Segala perkara berkait rapat dengan keharmonian antara penganut agama akan dibincangkan secara lanjut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK HARMONI) yang dipengerusikan bersama.

“Untuk makluman, Mesyuarat JK HARMONI Bil 1/2025 turut dijadualkan pada bulan ini akan mendengar segala pandangan ahli – ahli yang terdiri 24 wakil penganut agama (Islam, Buddha, Hindu, Kristian, Sikh, Tao, Baha’i),” katanya.

Malaysia sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian telah lama menjadi contoh perpaduan dan keharmonian kepada dunia menjadikan kerajaan MADANI menyedari kestabilan negara bergantung kepada kesejahteraan rakyat yang hidup dalam suasana yang aman dan harmoni.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading