GAZA BERDEPAN BENCANA KEMANUSIAAN, BANTUAN PERLU SAMPAI KE PALESTIN
KUALA LUMPUR: Situasi terkini di Gaza semakin meruncing apabila jumlah kematian melibatkan orang awam terus meningkat di tengah-tengah pencerobohan dan sekatan menyeluruh oleh rejim Israel.
KUALA LUMPUR: Situasi terkini di Gaza semakin meruncing apabila jumlah kematian melibatkan orang awam terus meningkat di tengah-tengah pencerobohan dan sekatan menyeluruh oleh rejim Israel.
Penyelaras Misi Keamanan Global Malaysia (GPM) di pusat kemanusiaan di Gaza, Dr Tareq M. Altalmas berkata bekalan keperluan asas termasuk air dan elektrik terjejas teruk, menjadikan kehidupan lebih sukar bagi penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal.
Beliau berkata talian telekomunikasi tidak berfungsi di kebanyakan bahagian.
“Pengeboman berterusan tanpa amaran awal, mengorbankan keluarga, kanak-kanak dan wanita dalam sekelip mata,” katanya kepada Bernama menerusi pesanan dari medan pertempuran (ground zero).
Tareq yang mengendalikan pusat itu bersama 10 sukarelawan Palestin berkata walaupun keganasan berterusan, pusat itu telah melakukan yang terbaik dalam memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
“Kami menghadapi masalah untuk bergerak di darat ekoran pengeboman yang berterusan kerana tiada garis merah bagi pasukan penjajah Israel. Wartawan, pasukan perubatan, orang awam setiap seorang daripada mereka boleh menjadi sasaran Israel,” katanya.
Peningkatan keganasan antara Israel-Palestin sejak 7 Okt telah menyebabkan banyak nyawa terkorban.
Lebih 338,000 orang di Semenanjung Gaza terpaksa meninggalkan kediaman mereka ekoran beribu-ribu kediaman, institusi awam dan infrastruktur telah dimusnahkan oleh Israel.
“Kami kini cuba menyediakan keperluan kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal di sekolah UNRWA (United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees). Dianggarkan lebih 100,000 orang kini berlindung di sekolah-sekolah terbabit.
“Doakan kami,” kata Tareq.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif GPM Ahmad Fahmi Mohd Samsudin ketika dihubungi Bernama menggesa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak rakan sejawatannya dari Mesir untuk membuka lintasan Rafah, bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar ke Gaza.
Beliau berkata Gaza berada di ambang bencana kemanusiaan jika tiada tindakan diambil untuk menghentikan keganasan yang berterusan terhadap rakyat Palestin.
“Lintasan Rafah adalah satu-satunya talian hayat bagi rakyat Palestin sekarang,” katanya.
Fahmi menambah, GPM bersedia untuk menggerakkan sumber kemanusiaannya ke Gaza sebaik sahaja mereka mendapat lampu hijau daripada pihak berkuasa untuk berbuat demikian.
Sementara itu, beliau juga merayu kepada orang ramai untuk menderma kepada tabung kecemasan “Taufan Al-Aqsa” GPM yang dilancarkan Rabu, untuk membantu rakyat Palestin. Semua sumbangan boleh disalurkan ke Global Peace Mission menerusi akaun Maybank Islamic: 5642-2161-1602. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager