Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SELANGOR, KEDAH ANTARA EMPAT NEGERI BERKEMUNGKINAN BANJIR KILAT DALAM TEMPOH 12 JAM

DALAM NEGARA

SELANGOR, KEDAH ANTARA EMPAT NEGERI BERKEMUNGKINAN BANJIR KILAT DALAM TEMPOH 12 JAM

Beberapa kawasan di empat buah negeri akan berdepan risiko banjir kilat dalam tempoh 12 jam, sekiranya hujan lebat atau ribut petir signifikan berlaku.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di empat buah negeri akan berdepan risiko banjir kilat dalam tempoh 12 jam, sekiranya hujan lebat atau ribut petir signifikan berlaku.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) berkata, ramalan tersebut berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System dan model ramalan banjir JPS.

Lokasi ‘hotspot’ yang berisiko banjir kilat di Kedah bagi daerah Padang Terap (Mukim Padang Temak serta kawasan sekitarnya) dan Sik (Mukim Jemari, Mukim Sok serta kawasan sekitarnya).

Di Selangor, banjir kilat dijangka berlaku di daerah Petaling (Pekan Hicom, Mukim Damansara serta kawasan sekitarnya) dan Klang (Mukim Klang, Kapar, Pekan Pandamaran, Pekan Kapar serta kawasan sekitarnya).

Di Sarawak, daerah Samarahan (sebahagian Samarahan serta kawasan sekitarnya) dan Kuching (Sebahagian Kuching serta kawasan sekitarnya) turut berisiko untuk banjir kilat.

Sabah bagi daerah Sandakan (Kg Jaya serta kawasan sekitarnya) turut dijangka berlaku banjir kilat.

Katanya notis kesiapsiagaan yang dikeluarkan itu bagi membolehkan semua penduduk terutama kawasan berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading