Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ALUMNI USIM SYAHID DALAM SERANGAN BOM REJIM ZIONIS

DALAM NEGARA

ALUMNI USIM SYAHID DALAM SERANGAN BOM REJIM ZIONIS

Allahyarham Dr. Said T S Aldahshan merupakan alumni Fakulti Syariah dan Undang-Undang, bersama ahli keluarganya syahid dalam serangan yang sama di Gaza.

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Palestin yang merupakan alumni Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), syahid dalam serangan bom rejim Zionis, baru-baru ini.

USIM dalam kenyataannya memaklumkan, Allahyarham Dr. Said T S Aldahshan merupakan alumni Fakulti Syariah dan Undang-Undang, bersama ahli keluarganya syahid dalam serangan yang sama di Gaza.

“Al-Fatihah kepada keluarga Dr. Said T S Aldahshan, Alumni Fakulti Syariah dan Undang-Undang (Lulusan 2020) serta keluarganya yang syahid dalam serangan Gaza.

“Semoga Allah mengurniakan mereka di peringkat Jannah yang tertinggi,” katanya hari ini.

Setakat yang dilaporkan, seramai 1,203 rakyat Gaza terkorban sementara 5,763 yang lain cedera dalam serangan udara rejim Zionis.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading