Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HOSPITAL DI SEMENANJUNG GAZA “PADA TAHAP KRITIKAL” – WHO

DUNIA

HOSPITAL DI SEMENANJUNG GAZA “PADA TAHAP KRITIKAL” – WHO

“Masa semakin suntuk dan malapetaka kemanusiaan mungkin sukar dielakkan jika bekalan bahan api dan bekalan ubat-ubatan, serta kemanusiaan tidak dapat dihantar dengan segera ke Semenanjung Gaza ekoran sekatan.”

Foto AFP

ISTANBUL: Sistem kesihatan di Semenanjung Gaza kini berada “pada tahap yang kritikal,” menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.

“Masa semakin suntuk dan malapetaka kemanusiaan mungkin sukar dielakkan jika bekalan bahan api dan bekalan ubat-ubatan, serta kemanusiaan tidak dapat dihantar dengan segera ke Semenanjung Gaza ekoran sekatan.

“Setiap hari hospital hanya mempunyai bekalan elektrik untuk tempoh beberapa jam kerana terpaksa mencatu bekalan.

“Apabila kecederaan dan kematian terus meningkat akibat serangan udara yang berterusan di Semenanjung Gaza, kekurangan bekalan bertambah serius, membataskan kapasiti tindak balas hospital yang sudah terbeban merawat pesakit,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan agensi itu.

WHO bersedia untuk segera menghantar bekalan penting dan kesihatan asas melalui pusat logistiknya di Dubai dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk memastikan bekalan itu dapat sampai ke Semenanjung Gaza. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading