TANJONG KARANG: Seorang pesawah di Sawah Sempadan di sini berputih mata selepas petak sawah berkeluasan 1.2 hektar miliknya musnah akibat ribut baru-baru ini.
Pesawah, Mansuri Dugan, 61, menunjukkan tanaman padi yang sepatutnya dituai dalam minggu ini musnah susulan kejadian ribut baru-baru ini ketika tinjauan di Kampung Sawah Sempadan, hari ini. – Bernama
TANJONG KARANG: Seorang pesawah di Sawah Sempadan di sini berputih mata selepas petak sawah berkeluasan 1.2 hektar miliknya musnah akibat ribut baru-baru ini.
“Saya sepatutnya telah menuai padi tiga hari lepas, tapi disebabkan hujan, padi basah jadi saya tangguh, tidak sangkalah akan jadi begini (padi musnah),” kata Mansuri Dugan, 61 yang tidak sempat menuai padi yang telah masak itu.
Mansuri antara lebih 200 pesawah di Sawah Sempadan di sini yang terkesan akibat ribut dan hujan lebat yang berlaku pada Isnin lepas.
Pesawah berpengalaman lebih 20 tahun itu berkata bencana yang berlaku selepas azan isyak itu bukan yang pertama tetapi telah beberapa kali terjadi di kawasan berkenaan.
“Sebelum ini saya tidak terkesan sangat, kali ini betul-betul terkesan dan musim ini mungkin saya paling teruk, boleh dikatakan musnah sepenuhnya (sawah padi). Beberapa tapak lain turut terkesan tetapi hanya 20 hingga 30 peratus sahaja.
“Kebiasaanya untuk setiap petak sawah saya boleh dapat tujuh atau lapan tan hasil (padi), selepas berlaku begini untuk dapatkan dua tan pun belum tentu. Tanah ini sudah basah di sebelah bawah dan jika diambil guna mesin memang tidak boleh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.
Seorang lagi pesawah, Kamim Basiron, 60, menyifatkan musim menuai kali ini bukan rezekinya dan pasrah dengan apa yang berlaku.
“Saya sendiri tidak menyangka jadi begini, lebih separuh musnah, mungkin hanya empat hingga lima tan sahaja yang boleh diselamatkan. Penantian yang tidak berbaloi (menunggu padi masak).
“Saya menanam padi di tanah sendiri, kasihan mereka yang menyewa tanah orang. Hasil tidak ada namun sewa tetap perlu dibayar,” katanya.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang Datuk Sulaiman Abdul Razak berkata pihaknya menyarankan kepada kerajaan agar mewujudkan tabung khas bencana untuk pesawah agar golongan tersebut tidak terbeban dengan ujian mendatang dan merasa terpinggir.
“Kita tidak mahu pendapatan petani cukup habis musim hanya balik modal atau rugi. Bagi mencapai sedikit untung, sekurang-kurangnya mereka perlu capai enam tan (hasil padi), kalau tidak dapat memang tidak balik modal.
“Kadangkala ada pesawah hanya dapat satu tan sahaja hasil tuaian selain terpaksa menampung kos bahan seperti benih, baja dan racun. Belum lagi potongan hasil padi yang misteri (oleh kilang-kilang pemprosesan padi) antara 18 hingga 30 peratus,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests