Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PALESTIN: PIHAK BERKUASA AGAMA NEGERI DISERU JALANKAN KUTIPAN TABUNG MUSA’ADAH

UTAMA

PALESTIN: PIHAK BERKUASA AGAMA NEGERI DISERU JALANKAN KUTIPAN TABUNG MUSA’ADAH

Hasil kutipan tersebut akan disalurkan ke Tabung Musa’adah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-Yayasan Wakaf Malaysia (JAKIM-YWM) melalui akaun bank CIMB Islamic Bank Berhad 86-0221818-6, untuk penyelarasan dan agihan kepada pihak yang akan diberi tanggungjawab menyampaikan sumbangan secara terus kepada mangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) melancarkan Tabung Palestin Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Mahmoodiah Presint 18 hari ini. –fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memohon kerjasama semua pihak berkuasa agama negeri di seluruh negara untuk menjalankan kutipan hari Jumaat, Tabung Musa’adah bagi menjayakan misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sempena pelancaran tabung berkenaan yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, Mohd Na’im berkata kutipan tersebut boleh dilakukan mulai hari ini sehingga 30 Nov ini.

“Atas dasar kemanusiaan sejagat, maka saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menggerakkan tindakan serta-merta bagi membantu mangsa yang terlibat melalui solat hajat yang diadakan hari ini dan sumbangan berbentuk kewangan,” katanya.

Beliau sebelum itu hadir pada majlis pelancaran tabung berkenaan yang diadakan di Masjid Mahmoodiah, Presint 18 di sini.

Mohd Na’im berkata hasil kutipan tersebut akan disalurkan ke Tabung Musa’adah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-Yayasan Wakaf Malaysia (JAKIM-YWM) melalui akaun bank CIMB Islamic Bank Berhad 86-0221818-6, untuk penyelarasan dan agihan kepada pihak yang akan diberi tanggungjawab menyampaikan sumbangan secara terus kepada mangsa.

“Semoga usaha yang kita lakukan ini menjadi asbab kepada wujudnya perpaduan erat antara rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa untuk bersama-sama membantu rakyat Palestin,” katanya.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa di kedua-dua belah pihak. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading