Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GEG: PENGGUGURAN DARI AKTA KAWAL ROKOK TIADA KAITAN TINDAKAN PELOBI INDUSTRI

DALAM NEGARA

GEG: PENGGUGURAN DARI AKTA KAWAL ROKOK TIADA KAITAN TINDAKAN PELOBI INDUSTRI

Pengguguran Peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG) dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 tidak ada kaitan dengan tindakan melobi oleh wakil industri tembakau dan vape, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pengguguran Peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG) dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 tidak ada kaitan dengan tindakan melobi oleh wakil industri tembakau dan vape, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Sebaliknya, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan pengguguran itu dibuat kerana teguran dan pendirian Pejabat Peguam Negara berhubung isu Perlembagaan yang menyebabkan kerajaan bertindak sedemikian.

“Kita mahu GEG itu, namun ketika dibangkitkan dalam kamar (Pejabat) AG, persoalan isu Perlembagaan telah menjadi besar, itu sebab kerajaan menambil sikap tidak bawa GEG bersekali dalam akta tersebut.

“…hanya itu, tidak ada kena mengena dengan pelobi, tidak ada kena mengena dengan apa-apa pun yang dianggap dan ditanggap persepi di luar sana,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) di Dewan Rakyat hari ini mahukan penjelasan kerajaan mengenai pengguguran peruntukan GEG dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.

Menjawab satu lagi soalan tambahan Syed Saddiq mengenai garis masa pelaksanaan peraturan baharu terhadap industri vape dan bahan-bahan terlarang seperti nikotin, Dzulkefly berharap ia dapat dilaksanakan pada Jun tahun ini.

“Kita akan usahakan dan pasukan sedang bekerja keras untuk menyelesaikannya lebih awal berbanding tarikh akhir,” katanya.

Berhubung pelan untuk mengawal selia industri vape dan bahan terlarang, Dzulkefly berkata kawalan terperinci meliputi pendaftaran, penjualan dan pembungkusan produk itu telah dirangka dalam peraturan yang dijangka dikuatkuasakan serentak dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, yang telah diluluskan bulan lepas namun belum berkuat kuasa.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading